Operasi Palam_pencucuh

Komponen lazim enjin empat lejang DOHC. (E) Sesondol ekzos, (I) Sesondol masukan, (S) Palam pencucuh, (V) Injap, (P) Omboh, (R) Rod penyambung, (C) Aci engkol, (W) Jaket air bagi aliran bendalir penyejuk.

Palam pencuch disambungkan ke gelung penyalaan yang menghasilkan voltan tinggi ataupun magneto. Sambil elektron mengalir dari gelung, beza keupayaan terbentuk antara elektrod tengah dan elektrod bumi. Tiada arus dapat mengalir kerana udara dan bahan api merupakan penebat, tetapi sambil beza keupayaan terus meningkat, ia mula mengubah struktur gas berhampiran elektrod. Sebaik sahaja voltan melebihi kekuatan dielektrik gas, gas sekeliling diionkan. Gas terion menjadi pengalir dan membenarkan elektron mengalir merentasi jurang.

Semasa arus elektrik mengalir merentasi jurang, suhu bunga api naik setinggi 60,000 K. Haba yang tinggi daripada bunga api menyebabkan gas terion mengembang dengan cepat, seperti letupan kecil. Inilah bunyi "klik" yang kedengaran semasa bunga api terhasil, sebagaimana kilat dan guruh. Bunga api yang terhasil kemudiannya membakar campuran udara-bahan api di dalam kebuk pembakaran.