Pan's_Labyrinth
Pan's_Labyrinth

Pan's_Labyrinth

Pan's Labyrinth atau El Laberinto del Fauna ialah filem yang berasal dari. Ia telah ditayangkan di Malaysia pada 15 Mac 2007. Ia merupakan calon bagi kategori filem asing untuk Anugerah Academy tahun 2006. Filem berbahasa Sepanyol ini ditulis dan diarahkan oleh Guilermo del Toro, seorang lelaki yang berasal dari Mexico. Penggunaan tajuk ini pada asalnya merujuk kepada watak dongengan iaitu faun yakni separuh manusia dan separuh kambing. Manakala tajuk Inggeris pula, merujuk kepada faun dongengan Yunani. Pan's Labyrinth, berlatarbelakangkan persekitaran lima tahun selepas Perang Saudara Sepanyol, yang menceritakan seorang budak perempuan yang dinamakan Ofelia, diberi tugas oleh seekor faun misteri. Manakala, ayah tirinya, seorang yang berkhidmat kepada diktator, Kapten Vidal, memerangi dan memburu puak penentang dalam kawasan pengaruhnya dan ibu Ofelia ketika itu sedang sarat mengandung dan mengalami masalah kesihatan. Filem ini telah mengondol beberapa anugaerah Golden Globes dan tiga pula Anugerah Academy. Ia telah ditayangkan buat pertama kali di Pesta Filem Cannes 2006, dengan ditayangkan di United Kingdom.