Sejarah Pan_Pan

Tidak banyak yang diketahui mengenai kerajaan ini. Adalah juga dipercayai bahawa kerajaan ini ditakluk oleh empayar yang lebih besar iaitu Srivijaya di bawah pemerintahan Dharmasetu sebelum 775 CE.[1]

Dari tarikh 424 hingga 453, rajanya menghanta perutusan ke China. Dari sini, Kaundinya II dikatakan cuba memperkenalkan ugama Hindu pada Kerajaan Funan di sebelah bertentangan Teluk Siam.[2]

Semasa pemerintahan Dinasti Utara dan Selatan China, dalam tahun 529, 533, 534, 535 dan 571 Kerajaan Pan Pan menghantar ufti ke China.[3] Pada tahun 616 dan 637, Kerajaan Pan Pan menghantar ufti ke Dinasti Tang.[4]