Tujuan Panel_Antara_Kerajaan_tentang_Perubahan_Cuaca

Prinsip-prinsip utama IPCC diberi oleh majlis ekskutif WMO yang ber kaitan serta majlis pentadbir UNEP dengan tujuan membantu proses Framework Convention on Climate Change PBB.[3]

Tujuan-tujuan tertulis IPCC adalah untuk mengkaji maklumat saintifik yang berkaitan dengan:

  1. ancaman perubahan cuaca yang berpunca daripada perbuatan manusia
  2. kesan perubahan cuaca yang berpunca daripada perbuatan manusia
  3. pilihan untuk adaptasi dan penyuaian kehidupan manusia
IPCC berperanan untuk mengkaji asas saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi secara menyeluruh, objektif, terbuka dan tulus dengan tujuan untuk memahami ancaman perubahan cuaca yang berpunca daripada perbuatan manusia, kesan-kesan yang berkemungkinan dan pilihan untuk mengurangkan kerosakan serta penyuaian. Laporan-laporan IPCC mestilah tidak berat sebelah dari sudut polisi walaupun laporan -laporan tersebut mesti berdepan dengan faktor-faktor saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang boleh digunapakai oleh sesetengah polisi.[nota 1]

Pengulasan merupakan bahagian utama dalam proses IPCC - memeandangkan ia merupakan badan antara pemerintah, penilain terhadap dokumen-dokumennya [erlu melibatkan ulasan oleh pakar bidang serta pemerintah yang menganggotai badan ini.