Pangako_Sa_'Yo

Pangako Sa 'Yo ialah sebuah siri drama Filipina yang disiarkan di rangkaian televisyen Filipina, ABS-CBN bermula dari 13 November 2000 hingga 20 September 2002. Ia dikenali sebagai "teleserye" pertama di televisyen Filipina, dan juga siri televisyen Filipina pertama yang akan disiarkan di luar negara. Ia dibintangi oleh Kristine Hermosa dan Jericho Rosales. Di Malaysia, drama ini diulang siar di saluran Astro Bella bermula pada 22 November 2012 atas permintaan ramai, ia bersiaran dengan audio bahasa Tagalog dengan sarikata bahasa Melayu. Sebelum ini, drama ini juga pernah bersiaran di Astro Ria dan RTM TV2 sekitar tahun 2003 dan 2004.Pembikinan semula drama ini telah disiarkan pada 2015, dibintangi oleh Kathryn Bernardo dan Daniel Padilla.[1]

Pangako_Sa_'Yo

Negara asal Filipina
Penerbit eksekutif Ellen Nicholas Criste
Pengarah Jerry Lopez-Sineneng
Tots Sanchez-Mariscal
Trina N.Dayrit
Rory B. Quintos
Lagu pembukaan "Pangako Sa 'Yo" oleh Vina Morales
Juga dikenali sebagai The Promise
Pengarah kreatif Olivia M. Lamasan
Penggubah lagu tema Rey Valera
Syarikat penerbitan Star Creatives
Tempoh siaran 30-45 minutes
Siaran asal 13 November 2000 (2000-11-13) – 20 September 2002 (2002-09-20)
Pencipta ABS-CBN
Bilangan episod 486
Rancangan berkaitan Pangako Sa 'Yo (2015-2016)
Dibintangi oleh Kristine Hermosa
Jericho Rosales
Eula Valdez
Jean Garcia
Genre Drama, romantik
Bilangan musim 2
Ditulis oleh Emman dela Cruz
Ted Boborol
Michiko Yamamoto
Saluran asal ABS-CBN
Dibangunkan oleh Star Cinema