Pangsapuri_Putra1

Pangsapuri Putra1 merupakan projek pembangunan terbaharu pemaju hartanah UM Land Berhad. Terletak di selatan koridor pembangunan Lembah Klang serta menghadap Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban . Berada di perkarangan Bandar Seri Putra dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Ianya merangkumi enam blok aras rendah, sederhana dan tinggi serta mempunyai 505 unit dalam 7 rekabentuk berkeluasan dari 854 hingga 1,224 kaki persegi dimana blok yang tertinggi mempunyai 23 tingkat. [1] [2]Projek pembangunan seluas 9 ekar dengan berkepadatan rendah (low-density) dengan tambahan 3 ekar kawasan taman serta dilengkapi kemudahan awamnya yang tersendiri. Pangsapuri Putra1 ini juga dilindungi perkhidmatan keselamatan 24 jam bagi menjamin ketenangan bagi setiap warga penghuninya.[3]