Panir_Chellum_al_Velaitham

Kapten (B) Panir Chellvum al Velaitham adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Kulim, Kedah. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 7 Jun 1978 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pengganas komunis. Pada 14 Feb 1977 Lt M Panir bersama empat anggota terlibat dalam gerakan menyerang hendap pengganas komunis yang dipercayai akan mengambil makanan dari penyokong mereka. Dalam pertempuran ketika serang hendap, kumpulannya berjaya membunuh seorang pengganas. Sewaktu penggeledahan dilakukan keesokan paginya, mereka menemui seorang pengganas yang tercedera. Lt M Panir mengarahkan anggotanya supaya tidah membunuh pengganas tersebut sebaliknya ditawan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aktiviti mereka di kawasan itu. Hasil pertempuran, sebanyak dua laras senjata bersama peluru, bom tangan dan enam beg galas yang mengandungi makanan dan peralatan dirampas. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 7 Jun 1978.

Panir_Chellum_al_Velaitham

Pekerjaan Army - Kapten
Majikan Tentera Darat Malaysia
Terkenal kerana Penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Warganegara  Malaysia
Kampung asal Kulim, Kedah
Kelahiran Panir Chellvum al Velaitham