Panrawat_Kittikorncharoen
Panrawat_Kittikorncharoen

Panrawat_Kittikorncharoen

Apichet Kittikorncharoen (Bahasa Thai: อภิเชษฐ์ กิตติกรเจริญ; rtgs:  Aphichet Kittikoncharoen, namanya kemudian ditukar kepada Panrawat (ปาณรวัฐ), 2 Disember 1982 - 9 Disember 2007) ialah seorang penyanyi Thai yang dikenali dengan nama pentas, Big D2B. Beliau belajar filem di Universiti Bangkok dan merupakan sebahagian daripada Boyband bertiga RS Promotion, D2B.Pada 22 Julai 2003, dia telah mengalami kemalangan yang mana keretanya terhumban ke dalam khlong (terusan) Bangkok yang tercemar. Kemalangan ini mengakibatkan jangkitan otak yang parah oleh pelbagai organisma termasuk kulat Pseudallescheria boydii[1] yang menyebabkan kerosakan teruk terhadap otaknya walaupun dengan usaha menyembuhkannya termasuk empat pembedahan otak dan ubat-ubatan yang dibawa masuk dari Australia.[2] Dia terus dalam keadaan koma selama empat tahun sebelum akhirnya meninggal dunia.[3] Kes Apichet yang menyaksikan ramai peminatnya berharap dan mendoakannya semasa dia berada di hospital di samping perhatian media telah meningkatkan kesedaran mengenai keberbahayaan pencemaran air Bangkok.[4] Pengebumiannya yang diadakan selama 100 hari dari akhir tahun 2007 hingga Mac tahun depan disambut oleh Ratu Sirikit.[5]

Panrawat_Kittikorncharoen

Berasal dari Thailand
Nama lahir Apichet Kittikorncharoen
Pengkarya berkait D2B
Juga dikenali sebagai Big D2B
Syarikat rakaman RS Promosion
Meninggal dunia 9 Disember 2007(2007-12-09) (umur 25)
Kelahiran (1982-12-02)2 Disember 1982
Genre Pop
Tahun aktif 2001–2003 (penyanyi)