Sinopsis Papa_Ricky

Mengisahkan cabaran seorang bapa tunggal bernama Ricky / Riqmal (Fadlan Hazim) yang terpaksa membesarkan anak perempuannya selepas Zara (Siti Elizad) meninggalkannya kerana belum bersedia menjadi seorang ibu. Beberapa tahun kemudian, Ricky menaruh perasaan terhadap seorang wanita bernama Kathy (Farah Nabilah). Kathy seorang guru tadika di sekolah anaknya yang bernama Alisya (Nur Qistina Raisah). Alisha percaya yang Kathy tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu angkatnya. Kathy tetap berusaha untuk memikat hati Alisya dan Riqmal agar dia menjadi sebahagian keluarga baharu Riqmal. Namun pelbagai konflik kekeluargaan telah berlaku setelah Zara kembali semula untuk menebus kesalahan silamnya terhadap Riqmal dan Alisya. Namun begitu, Riqmal membuat keputusan untuk mengahwini Kathy. Perkahwinan tersebut juga dipersetujui Alisya memandangkan dia amat menyanyangi Kathy sebagai ibu tiriny. Zara tetap berusaha untuk membuat kekacauan dalam rumah tangga Riqmal dan Kathy sehinggakan menjadi berantakan. Kathy diusir keluar dari rumah walaupun dia sedang sarat mengandung anak Riqmal tanpa pengetahuan dari suaminya. Hasil pujukan dari ibu dan nenek Zara agar melupakan Riqmal dan menyatukan semula hubungan antara Riqmal dan Kathy diatas rasa simpati mereka terhadap Kathy. Zara akhirnya akur dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Dr. Gibran sebagai ganti cintanya terhadap Riqmal. Tiba dihari pernikahan tersebut, Kathy tidak dapat menghadirinya kerana masa bersalinnya sudah tiba. Hanya Alisya seorang sahaja pergi ke majlis pernikahan ibunya. Manakala Riqmal menemani isterinya di hospital. Kathy disahkan kritikal selepas melahirkan seorang anak lelaki dan boleh meninggal dunia. Riqmal sungguh terkejut dengan pemberitahuan tersebut namun Riqmal tetap tabahkan hati untuk berjumpa dengan Kathy buat kali terakhir. Beberapa minit kemudian, Kathy disahkan meninggal dunia. Riqmal redha dengan ketentuan tersebut. Riqmal sekali lagi membesarkan seorang lagi anaknya tanpa kasih sayang seorang ibu disisi. Manakala Alisya pula berbahagia tinggal bersama Riqmal dan Zara secara bergilir-gilir. Kini Riqmal semakin matang kerana dialah dialah seorang bapa dan dialah seorang ibu bagi kedua-dua orang anaknya.