Spesifikasi Papan_tanda_berhenti

Konvensyen Vienna bagi Papan Tanda dan Isyarat Jalan Raya mencadangkan diameter piawai bagi papan tanda berhenti sama ada 0.6, 0.9 atau 1.2 meter. Diameter papan tanda berhenti UK dan New Zealand pula ialah 750, 900 atau 1200 mm, bergantung kepada lokasi papan tanda dan kelajuan lalu lintas.[2][3]

Arahan Teknik (Jalan) 2A/85 - Manual on Traffic Control Devices: Standard Traffic Signs oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia menetapkan bahawa papan tanda berhenti piawai di Malaysia mengguna pakai bentuk papan tanda berhenti jenis B2a, dengan diameter piawai sama ada 600 atau 900 mm.[4]