Paparazi
Paparazi

Paparazi

Paparazi merujuk kepada jurugambar bebas yang sering mengekori orang ternama atau orang terkenal - atlet, seniman mahupun politikus ketika melakukan kegiatan seharian mereka - untuk mengambil gambar orang tersebut tanpa disedari. Paparazi cenderung bekerja bersendirian tanpa terikat dengan mana-mana syarikat atau organisasi media perdana, malah hanya memperolehi gambar-gambar tersebut untuk media akhbar yang cenderung membuat laporan sensasi seperti majalah gosip.Mereka bukanlah wartawan dan selalunya tidak mempunyai apa-apa sijil dalam fotografi mahupun seni halus. Jurugambar paparazi biasanya dianggap sebagai pengacau oleh selebriti.[1]