Paradisaea
Paradisaea

Paradisaea

Paradisaea adalah satu genus burung yang terdiri daripada tujuh spesies dari famili Paradisaeidae. Ia juga mengandungi subgenus, Paradisornis, yang hanya diberikan pada Cenderawasih Biru. Genus ini boleh ditemui di pulau New Guinea selain pulau-pulau berdekatan dalam gugusan Kepulauan Aru, Kepulauan D'Entrecasteaux dan Kepulauan Raja Ampat. Spesies burung ini mendiami kawasan jenis hutan dari aras laut hingga pertengahan hutan montane. Beberapa spesies mempunyai taburan populasi yang sangat terhad.[1] Satu kajian pada tahun 2009 yang memeriksa mitochondrial DNA famili ini mendapati bahawa burung Cenderawasih Paradisaea berada dalam klad bersama dengan genus Cicinnurus. Ia menunjukan bahawa Cenderawasih Biru adalah lebih tua bagi kesemua spesies-spesies lain dalam genus ini.[2]Kesemua burung dalam genus ini bersaiz besar, dan Dimorfisme seks. Warna bulu burung jantan termasuk mempunyai ciri-ciri bulu sayap tepi yang berkilat, dan sepasang bulu pelepah seperti wayar yang muncul dari hujung ekor. Bulu sayap pada bahagian sisinya akan digunakan semasa proses mengawan.[1]Nama Paradisaea, berasal daripada bahasa Latin "paradise". Nama tempatan di Indonesia adalah cenderawasih.