Pari-pari

Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, [1] kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang terdapat dalam hutan. Kepercayaan terhadap pari-pari juga terdapat dalam masyarakat barat seperti di England dan Amerika Syarikat. Pari-pari biasanya digambarkan sebagai berbentuk seperti manusia, dan mempunyai masyarakat tersendiri. [2] Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas. Asal mereka tidak jelas dalam cerita rakyat, dengan pelbagai kelakuan, dan bentuk syaitan, atau spesies yang bebas sepenuhnya dari manusia atau malaikat.[3]Pakar cerita rakyat barat telah mencadangkan bahawa asal mereka dari ras ditakluk yang hidup secara bersembunyi,[4] atau dalam kepercayaan yang tersingkir dengan kedatangan agama Kristian.[5] Penjelasan ini tidak selalunya serasi, dan ia mungkin dapat dijejak dari pelbagai sumber.