Sejarah Parit_Raja

Kampung ini kecil namun besar sejarahnya. Kawasan ini yang asalnya dikenali sebagai jajahan Padang melangkaui beberapa kampung sekitar. Di jajahan inilah berlakunya peristiwa Perang Parang Panjang, peristiwa Lembing Awang Pulang ke Dayang dan sebagainya. Kampung ini dikenali sebagai Padang kerana ia meliputi kawasan Kampung Seri Menanti hingga Kampung Tadah Utara di Jalan Junid pinggir Kuala Sungai Muar. Ketika itu perumahan penduduknya begitu padat sehingga berlakunya kebakaran besar sehingga kawasan ini nenjadi padang jarak padang tekukur dan penduduk dari kampung lain menggelarnya padang. Ketika ini sempadan Parit Raja bermula dari Parit Amal hingga Parit Besar.Memperolehi nama sempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman.

Kampung Parit Raja ini melangkaui 5 jalan utama iaitu:

  • Jalan Seri Tanjung - menghubungi Kg. Parit Seri Tanjung hingga Parit Jawa
  • Jalan Dato' Haji Kosai - sempena ADUN Parit Bakar Dato' Haji Kosai bin Haji Salleh
  • Jalan Temenggong Ahmad - mulai dari persimpangan Jalan Sulaiman-Parit Haji Baki-Jalan Temenggong Ahmad berhadapan Ibu Pejabat Tenaga Nasional hingga ke Pekan Pt. Jawa.
  • Jalan Abdul Rahman
  • Jalan Joned