Kerjaya Park_Ji-hyo

Pada tahun 2015, Jihyo muncul dalam video muzik miss A, "Only You." Sebelum kemunculan pertamanya, beliau bersama Nayeon merupakan antara pelatih yang muncul dalam banyak iklan. Jihyo dikenali sebelum kemunculan pertamanya sebagai wajah jenama remaja Innisfree, "TN" bersama kumpulan lelaki, Boyfriend dan kemudianya bersama Nayeon.

Jihyo diumumkan sebagai salah seorang peserta pertandingan Sixteen untuk menentukan ahli ahli kumpulan wanita JYP yang baru.[4] Rancangan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada ahli Twice. Pada 20 Oktober, Jihyo membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli Twice menerusi album mini, The Story Begins dan lagu Like OOH-AHH.[5]

Jihyo berkolaborasi bersama Jung Eun-ji dari Apink dan Ben untuk bahagian pertama projek istimewa, Inkigayo, "Inkigayo Music Crush". Lagu mereka bertajuk "The Reason I Got Pretty" dikeluarkan pada 6 November 2016.[6]

Rujukan

WikiPedia: Park_Ji-hyo http://twice.jype.com/profile.asp http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2015... http://entertain.naver.com/ranking/read?oid=420&ai... http://entertain.naver.com/read?oid=057&aid=000058... http://entertain.naver.com/read?oid=076&aid=000301... http://www.sportsq.co.kr/news/articleView.html?idx... http://isni.org/isni/0000000472401575 https://nl.go.kr/authorities/resource/KAC2018M3600 https://musicbrainz.org/artist/9fc92dfd-8367-4a7e-... https://viaf.org/viaf/29155103915376200839