Karier Park_Sojin

Sebelum kemunculan pertama beliau, Sojin bekerja sebagai pelatih vokal untuk kumpulan lelaki Korea Selatan, Ulala Session.

Pada 7 Julai 2010, Sojin membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli kumpulan Girl's Day dalam program muzik KBS, Music Bank menerusi lagu single pertama mereka, Tilt My Head.[3]

Pada 9 Januari 2011, Sojin mengeluarkan lagu solo pertama beliau untu runut bunyi Flames of Desire bertajuk "Our Love Like This".[4]

Pada 19 April 2012, Girl's Day membuat kemunculan kembali menerusi album mini Everyday II. Album ini mengandungi lagu album "Telepathy" yang dicipta oleh Sojin. Pada tahun yang sama, Sojin dan seorang komposer lelaki menulis lagu "It's Snowing" untuk Tokyo Girl. Lagu ini kemudiannya dikeluarkan pada 7 Disember.[5]

Pada 14 Mac 2013, Girl's Day mengeluarkan album penuh, Expectation. Sojin menulis lagu pembukaan, "Girl's Day World" dan menulis lirik "I Don't Mind" bersama ahli kumpulan yang lain. Pada 15 Oktober, Girl's Day mengeluarkan lagu "Let's Go" yang ditulis dan dicipta oleh Sojin.

Pada 2 Mac 2014, Sojin berkolaborasi bersama artis hip hop, Crucial Star untuk buatan semula lagu Park Hye Kyung bertajuk "Three Things I Want to Give You".[6]

Pada 30 Januari 2015, Sojin meminjamkan suara beliau untuk lagu "Dizzy Dizzy" dalam runut bunyi drama 'The Family Is Coming' (Family Outing).