Sejarah Partai_Rakyat_Adil_Makmur

Penundaan pilihan raya

Parti itu mengemukakan sebuah kes ke mahkamah Jakarta Pusat pada 8 Disember 2022 selepas parti itu tidak dapat bersaing dalam pilihan raya umum Indonesia 2024, walaupun mahkamah tidak mempunyai kuasa sedemikian. Antara tuntutan parti itu ialah: mengisytiharkan parti ialah pihak yang diganggu oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU), mengarahkan KPU menganugerahkan parti itu 500 juta rupiah sebagai pampasan dan penangguhan pilihan raya.[9] Dalam tindakan luar biasa, mahkamah memutuskan untuk memenuhi semua tuntutan parti dan mengarahkan KPU berbuat demikian pada 2 Mac 2023.[9] Mahkamah juga mengarahkan KPU memulakan semula proses pemilihan daripada tahan pengesahan sekali lagi.[10] KPU kemudian menghantar rayuan ke atas keputunsa tersebut.[11] Mahkamah Agung Indonesia menyatakan bahawa meskipun dengan keputusan luar jangka itu, para hakim tidak boleh disalahkan, dan membantu KPU untuk menghantar rayuannya.[12]

Rujukan

WikiPedia: Partai_Rakyat_Adil_Makmur https://nasional.tempo.co/read/1697832/perintahkan... https://jogja.antaranews.com/berita/491030/penguru... https://kabar24.bisnis.com/read/20210601/15/140020... https://news.detik.com/pemilu/d-6598635/ma-hakim-p... https://www.detik.com/sumut/berita/d-6597399/kabul... https://www.detik.com/sumut/berita/d-6597513/diper... https://www.medcom.id/nasional/politik/dN6A5yaK-di... https://www.medcom.id/nasional/politik/ob33ELJb-pa... https://www.medcom.id/telusur/cek-fakta/xkEywMpk-c... https://prima.or.id/