Polisi Parti_Buruh_Australia

Parti Buruh Australia ialah sebuah parti politik yang penting dalam bidang politik Australia. Sejak dahulu kebanyakan pengundi yang menyokong Parti Buruh Australia, atau biasanya dipanggil sebagai Buruh sahaja, terdiri dari kaum buruh dan kaum miskin. Biasanya kaum kaya dan ahli perniagaan kecil dan besar lebih suka menyokong Parti Liberal.

Kaitan antara Parti Buruh dengan Gerakan Kesatuan Sekerja sejak dahulu sangat rapat. Ramai ahli parlimen yang juga anggota Buruh pernah menjadi pegawai Kesatuan Sekerja sebelum memasuki Parlimen.