Parti_Demokratik_Sabah
Parti_Demokratik_Sabah

Parti_Demokratik_Sabah

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Parti Demokratik Sabah (PDS) atau Sabah Demokratic Party ialah sebuah parti politik Kadazandusun Murut yang ditubuhkan oleh wakil-wakil Rakyat Parti Bersatu Sabah (PBS) di Sabah, Malaysia yang diketuai Tan Sri Bernard Dompok, selepas kejatuhan kerajaan PBS pada Mac 1994. Disebabkan PDS telah gagal untuk menyatukan seluruh kaum Kadazandusun Murut (KDM) dalam sebuah parti politik, Mesyuarat Majlis Tertinggi PDS pada 28 Julai 1999 dengan sebulat suara bersetuju untuk membubarkan PDS. Keputusan ini menyusul kegagalan kaum KDM untuk mengundi Tan Sri Bernard Dompok, Presiden PDS, dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Dalam Kongres PDS yang ke-5 pada 8 Ogos 1999, yang diadakan di Tempat Peranginan Tanjung Aru Shangri-La, para perwakilan bersetuju untuk mengorbankan PDS untuk menghidupkan semula Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).