Parti_Mahasiswa_Negara
Parti_Mahasiswa_Negara

Parti_Mahasiswa_Negara

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Parti Mahasiswa Negara atau National Students' Party (PMN) adalah sebuah parti pelbagai kaum yang diasaskan pada 7 Januari 2008 oleh sekumpulan mahasiswa universiti,[1][2][3][4] diterajui aktivis pelajar dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) (All Malaysia Muslim Undergraduates Movement)- sebuah kumpulan mahasiswa yang secara tradisinya berkerja rapat dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) (National Undergraduates Action Front) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) (Malaysian Students Solidarity) tetapi tidak berjaya didaftarkan.[5] Parti Mahasiswa Negara (PMN) telah merancang untuk bertanding di dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 tetapi tidak menjadi kenyataan.[6][7] PMN meletakkannya sebagai tenaga ketiga antara parti kerajaan dan pembangkang sekarang. Ahlinya bukan merupakan anggota atau penyokong Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat tetapi sekumpulan mahasiswa yang berminda bebas yang tidak berpuas-hati dengan suasana politik semasa.Penubuhan parti baru itu telah diumumkan pada 7 Januari 2008 di hadapan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya. PMN mendakwa mempunyai 2,000 ahli dan sedang aktif mendapatkan ahli baru di kalangan mahasiswa dan graduan universiti [8] dan telah mengemukakan permohonannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) 11 Januari 2008.[9] PMN yang bercadang bertanding di dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 tetapi tidak menjadi kenyataan.[10]
PMN berkata akan mengendahkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang menghalang mahasiswa menyertai politik dan juga halangan pendaftarannya kerana mendakwa ianya adalah melanggari perlembagaan Malaysia.[11]

Parti_Mahasiswa_Negara

Diasaskan 7 January 2008
Warna rasmi Orange
Ketua (Pro Tem President)
Azlan Zainal
Penggabungan nasional Gagasan Sejahtera

Rujukan

WikiPedia: Parti_Mahasiswa_Negara http://sybreon.blogspot.com/2008/01/parti-mahasisw... http://www.facebook.com/group.php?gid=187934914222 http://www.facebook.com/group.php?gid=187934914222... http://findarticles.com/p/articles/mi_8016/is_2008... http://chinhuatw.wordpress.com/2008/01/07/universi... http://chinhuatw.wordpress.com/2008/01/16/will-the... http://muhdkhalis.wordpress.com/2010/03/10/malaysi... http://penamaya.wordpress.com/2008/02/21/pru12-pmn... http://www.youtube.com/watch?v=HguRzBfDDWY&feature... http://www.youtube.com/watch?v=T4qypgc3Ekw