Parti_Radikal_Malaya
Parti_Radikal_Malaya

Parti_Radikal_Malaya

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Parti Radikal Malaya atau Radical Party (Malaya) adalah sebuah parti radikal pelbagai kaum dan bukan berlandas perkauman yang ditubuhkan pada 1951 sebelum Tanah Melayu (Malaya) merdeka. Pemimpin Parti Radikal yang berpengkalan di Pulau Pinang ialah Tun Dr. Lim Chong Eu yang kemudiannya membubarkan Parti Radikal pada 1952 untuk menyertai parti Persatuan Cina Malaysia (MCA).Dalam Pilihan Raya Majlis Bandaran George Town, Pulau Pinang, pilihan raya yang diadakan buat kali pertama di Tanah Melayu pada 1 Disember 1951, dari tiga parti yang bertanding iaitu Parti Radikal Malaya, Parti Buruh Malaya dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Radikal telah berjaya memenangi enam daripada sembilan kerusi untuk menguasai Majlis Bandaran George Town.[1]