Parti_Warisan
Parti_Warisan

Parti_Warisan

Portal PolitikParti Warisan adalah sebuah parti yang telah ditubuhkan pada 17 Oktober 2016 oleh Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal bersama dengan YB Datuk Darell Leiking dan beberapa ahli politik Negeri Sabah yang lain. [1][2][3] Parti Warisan pada PRU14 telah bersetuju bergabung bersama-sama dengan Parti Harapan (DAP dan PKR). Di dalam Pilihan Raya Negeri 2020, Parti Warisan yang telah memerintah selama dua tahun dan sembilan bulan telah hilang kuasa pemerintahan kepada gabungan parti politik di Sabah yang dikenali sebagai "Gabungan Rakyat Sabah" (GRS).PRN Sabah 2020, yang berlangsung pada 26 September 2020 telah dipertandingkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melawan Gabungan Warisan Plus (W+) dan juga pertembungan beberapa Parti-Parti tanpa gabungan komponen seperti Parti Cinta Sabah (PCS) (bersekutu bersama Parti Anak Negeri Sabah sahaja), Liberal Democratic Party (LDP), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Gagasan Rakyat (GAGASAN), United Sabah National Oraganisation Party - Baru (USNO baru), dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS). Pada akhir Pilihan Raya tersebut, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya mengambil alih pentadbiran Gabungan Warisan Plus (W+) dengan keputusan 38-32, ditambah dengan Sokongan kemenangan Kerusi Bebas (3 independent seats) yang menjadikan kerusi GRS keseluruhannya 41 kerusi ADUN Sabah.

Parti_Warisan

Diasaskan 17 Oktober 2016
Kedudukan politik Politik kiri tengah to Sentrisme
Nama Bahasa Tamil சபா பாரம்பரியக் கட்சி
Capā pārampariyak kaṭci
Nama Bahasa Inggeris Heritage Party
Nama Bahasa Cina 人民復興黨
人民复兴党
Rénmín fùxīng dǎng
Dewan Undangan Negeri
19 / 79
Keanggotaan (2021) 200,000
Pecahan UMNO Sabah
PKR Sabah
DAP Sabah
Singkatan WARISAN
Timbalan Presiden Darell Leiking
Sayap wanita Wanita Warisan
Pengasas Shafie Apdal
Sayap belia Wira Warisan
Presiden Shafie Apdal
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
0 / 70
Setiausaha agung Loretto Damien S. Padua, Jr.
Lagu parti Warisan
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
7 / 25
Sayap wanita muda Wirawati Warisan