Latarbelakang Pasukan_Asuma

Pasukan 10 terkenal dengan kemahiran mereka menghalang gerakkan pihak musuh. Mereka diketuai oleh Asuma sehinggalah kematiannya dalam Bahagian II. Kakashi Hatake kemudiannya diarahkan menjadi ketua sementara kepada Pasukan 10 dalam usaha mereka membalas dendam di atas kematian Asuma ditangan anggota Akatsuki. Pasukan 10 masih dianggap aktif walaupun mereka tidak memiliki ketua tetap yang baru.

Ketiga-tiga anggota Pasukan 10 merupakan sahabat baik dari mereka kecil lagi dan mampu bekerjasama dengan sangat baik sekali, walaupun kadangkala mereka turut bertengkar. Menurut Sakura Haruno, Pasukan 7 juga mempunyai kerjasama yang sangat baik dengan Pasukan 10.

Bersama-sama dengan ahli lain Pasukan Bersebelas, Pasukan 10 telah mengambil keputusan untuk membunuh Sasuke Uchiha setelah dia membantu Akatsuki untuk menyerang Kumogakure, dengan tujuan untuk mengelakkan Sasuke daripada terus terjerus ke dalam kesesatan dan menjadi ninja buruan. Bagaimanapun, Naruto Uzumaki telah menenangkan mereka dan memberitahu bahawa masalah Sasuke akan ditanggung oleh dirinya sendiri.