Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Bhutan
Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Bhutan

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Bhutan

Pasukan bola sepak kebangsaan Bhutan merupakan pasukan bola sepak yang mewakili Bhutan di pentas bola sepak antarbangsa. Pasukan ini dikendalikan oleh Persekutuan Bola Sepak Bhutan. Pasukan bola sepak kebagnsaan Bhutan sebenarnya telah ditubuhkan pada 1970 tetapi penubuhan rasminya adalah pada 1983 dan menyertai FIFA pada 2000.Pada 30 Jun, 2002, Bhutan pasukan ranking kedua terendah dunia mencatat kemenangan pertama mereka dipentas antarabangsa apabila menewaskan pasukan ranking paling terendah di dunia Montserrat 4-0. Perlawanan tersebut dinamakan sebagai Perlawanan Akhir Yang Lain. Perlawanan Akhir Yang Lain dikendalikan oleh pengarah filem dari Belanda.Pada kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan 2008, Bhutan mara ke separuh akhir tetapi tewas kepada India 2-1 pada masa kecederaan.

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Bhutan

Kedudukan tertinggi FIFA 187 (Disember 2003, 2004, 2006 dan 2008)
Kedudukan terendah FIFA 202 (Mei 2001)
Kemunculan 3 (Kali pertama pada 2003)
Kedudukan Elo 217
Kaps terbanyak Passang Tshering (23)
Kod FIFA BHU
Ketua jurulatih Pema Dorji
Sub-konfederasi SAFF (Asia Selatan)
Persatuan Persekutuan Bola Sepak Bhutan
Penjaring terbanyak Chencho Gyeltshen (6)[4]
Keputusan terbaik Separuh Akhir (2008)
Konfederasi AFC (Asia)
Stadium tuan rumah Stadium Changlimithang
Kedudukan FIFA 189 ▬ (28 November 2019)[5]
Gelaran Druk Eleven[1]
Druk Yul[2]
Dragon Boys[3]