Pasymina
Pasymina

Pasymina

Pasymina merupakan sejenis bulu kasymir yang halus. Tekstil yang diperbuat daripadanya mula-mula dicipta di India.[1][2] Namanya datang dari Bahasa Parsi: پشمینه‎ / pašmina, iaitu "buatan sakhlat (wul)".[2] Wulnya datang daripada baka kambing Changthangi yang berasal dari tanah tinggi Banjaran Himalaya di negara India, Nepal dan Pakistan. Selendang pasymina dipintal dengan tangan, ditenun dan disulam di Nepal dan Kashmir, dan diperbuat daripada gentian kasymir halus.[1][3]