Paul_Kagame
Paul_Kagame

Paul_Kagame

Paul Kagame (lahir 23 Oktober 1957) adalah Presiden Republik Rwanda kini. Beliau menonjol sebagai pemimpin Barisan Patriotik Rwanda (RPF atau FPR), yang kemenangannya ke atas kerajaan lalu pada Julai 1994 secara berkesan menamatkan pembunuhan etnik di Rwanda. Di bawah pimpinannnya, Rwanda telah digelar “cerita kejayaan terbesar” Afrika[1]Paul Kagame menjadi Presiden Rwanda pada Mac 2000[2] apabila Pasteur Bizimungu digulingkan. Tiga tahun setengah kemudian, pada 25 Ogos 2003, beliau menang besar dalam pilihan raya kebangsaan pertama sejak kerajaannya berkuasa pada 1994 dengan mendapat 95.5% undi.[2] Seterusnya pada 11 Ogos 2010, beliau memenangi penggal kedua dengan 93.1% undi.[3]