Pemerintahan Paul_Keating

Beliau mempunyai suatu agenda yang meluas sebaik memegang jawatan ini termasuk suatu rancangan perdamaian bersama Orang Asli Australia, menguatkan hubungan ekonomi dan budaya bersama negara-negara Asia, serta menjadikan Australia suatu negara republik.[2]

Isu domestik

Pada 10 Disember 1992, Keating membuat suatu ucapan perdamaian di Taman Redfern, Redfern, New South Wales di mana beliau menyatakan kekeasallnya bagi pihak kerajaan Australia terhadap golongan Orang Aslinya yang dibunuh, ditindas dan disengsarakan sehingga kesannya masih berbekas pada masyarakat tersebut hari ini.[3][4]

Isu antarabangsa

Pada Disember 1993, beliau menyebabkan suatu insiden politik dengan kerajaan Malaysia setelah menyatakan Perdana Menterinya Mahathir Mohamad sebagai seorang yang "degil" (recalcitrant) sebagai menjawab ketidakhadiran Mahathir pada Sidang Kemuncak APEC 1993. Mahathir mahu Paul memohon maaf atas kenyataan tersebut serta mengugut akan mengurangkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Australia sehingga merisaukan banyak syarikat, bahkan terdapat juga sesetengah pagawai yang berhasrat memulakan kempen "Buy Australian Last" sebagai suatu tindak balas kepada kenyataatn tersebut. Paul membuat permohonan maaf kepada Mahathir atas tingkah lakunya tidak lama selepas itu.[5]

Hubungan persahabatannya dengan Presiden Suharto sehingga turut meilbatkan kerjasama kerajaannya bersama Tentara Nasional Indonesia banyak dikritik aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan kemerdekaan Timor Leste, di mana ia dianggap sebagai suatu taktik untuk menarik perhatian kepada penjalinan hubungan budaya, ekonomi dan diplomatik bersama negara-negara Asia.[6]

Persaraan

Parti Buruh kehilangan besar pada pilihanraya tahun 1996 dengan sebanyak 29 kerusi. Dengan itu, Paul meletakkan jawatan sebagai ketua parti Buruh pada malam keputusan pilihan raya tersebut diumumkan tanggal 2 Mac tahun itu. Beliau meninggalkan jawatan Perdana Menteri pada 11 Mac, dan bersara dari jawatan Parlimennya sebulan kemudian pada 23 April 1996.[7]

Rujukan

WikiPedia: Paul_Keating http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,20876... http://www.theage.com.au/news/federal-election-200... http://primeministers.naa.gov.au/primeministers/ke... http://www.primeministers.naa.gov.au/primeminister... http://www.nma.gov.au/primeministers/paul_keating http://www.cityofsydney.nsw.gov.au/Barani/news/Kea... http://www.abc.net.au/worldtoday/stories/s57063.ht... http://www.keating.org.au/ https://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9F... https://web.archive.org/web/20070903172050/http://...