Kerjaya Pauline_Tan

Kerjaya awal

Pada tahun 2011, ketika menuntut di Taiwan, Tan telah mengambil bahagian dalam Miss Astro Chinese International semasa cuti musim panas tetapi tersingkir. Kemudian pada musim cuti musim panas di universiti tahun ketiga, Tan mula mendapati bahawa beliau mempunyai minat yang besar dalam industri media, tetapi seorang pelajar Kesusasteraan Bahasa Inggeris dan tiada kaitan dengan media.[4]

Apabila mengetahui ntv7 sedang mencari pengacara untuk rancangan Mandarin Battle Star, Pauline tidak berganjak dan mencuba nasib, bagaimanapun beliau tidak disenaraipendekkan. Tuah memihak kepadanya apabila ditawarkan membintangi drama pertamanya, After Class yang bersiaran di ntv7.[5] Beliau mula dikenali umum pada 2014 selepas membintangi drama Sweet Delicacy terbitan ntv7.[6]

Miss Universe Malaysia 2015

Tan terpilih sebagai salah seorang dari 17 peserta yang bertanding di Miss Universe Malaysia 2015 dan beliau dinobatkan sebagai naib juara, di belakang Vanessa Tevi Kumares yang bergelar juara.[7] Sepanjang penglibatannya dalam Miss Universe Malaysia 2015, beliau pernah mengikuti latihan intensif selama empat bulan.[8][9]

Peranan lain

Pauline juga pernah dilantik sebagai duta DFKL 2018 bersama pelakon Syazuwan Hassan.[10][11]

Rujukan

WikiPedia: Pauline_Tan http://www.thehive.asia/2014/11/photos-see-17-miss... http://www.imdb.com/name/nm7022521/ http://q-e3.com/2015/09/pauline-tan-with-clear-goa... http://www.missuniversemalaysia.com.my/contestants... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... https://www.facebook.com/paulinetanlishin https://www.instagram.com/paulinetls/ https://www.idref.fr/196454158 https://www.hmetro.com.my/rap/2018/02/311293/strat... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/11/398214/pelak...