Paus_Francis

Paus Franciscus (Bahasa Itali: Francesco, Bahasa Sepanyol: Francisco, Bahasa Inggeris: Francis) lahir sebagai Jorge Mario Bergoglio pada 17 Disember 1936 dan dipilih untuk menjadi ketua Gereja Katolik Rom yang ke-266 pada 13 Mac 2013. Anak watan Buenos Aires, Argentina ini ditahbiskan sebagai paderi pada tahun 1969. Pada tahun 1998, beliau menjadi Ketua Uskup Buenos Aires, dan pada 2001 beliau menjadi kardinal. Terpilih sebagai paus pada tahun 2013 ekoran perletakan jawatan Paus Benedictus XVI, Bergoglio memilih nama "Francis" sebagai nama gelarannya. Inilah kali pertama dalam sejarah paus yang menggunakna nama Francis. Beliau merupakan paderi Persatuan Jesus dan anak watan benua Amerika pertama yang dilantik sebagai Paus, dan juga orang bukan Eropah pertama yang sejak abad ke-8 M.

Paus_Francis

Konsekrasi 27 Jun 1992
Nama lahir Jorge Mario Bergoglio
Menjadi Kardinal 21 Februari 2001
Ditahbiskan 13 Disember 1969
Warganegara Argentina
Moto Miserando atque eligendo
("Dengan belas kasihan dan memilih")[1]
Papacy began 13 Mac 2013
Kelahiran (1936-12-17) 17 Disember 1936 (umurĀ 83)
Buenos Aires, Argentina
Pendahulu Benedictus XVI