Paus Paus_Ioannes_Paulus_I

Kardinal Luciani telah dipilih sebagai Paus pada tahun 1978. [3] John Paul I merupakan paus pertama untuk menggabungkan nama-nama John dan Paul sebagai seorang Paus untuk membalas jasa-jasa Paus John XXIII dan Paus Paul VI. Beliau merupakan Paus yang pertama untuk memilih nama baharu sebagai Paus sejak Paus Lando pada tahun 913.

Di Itali, beliau juga diingati sebagai Il Papa del Sorriso (The Smiling Pope) dan Il Sorriso di Dio (Senyuman Tuhan).

Meninggal dunia

Makam Paus John Paul I

Pada 29 September 1978, 33 hari selepas dilantik sebagai Paus, John Paul I telah ditemui mati "terbaring di katil beliau, dengan buku yang terbuka di sebelahnya, dan lampu bilik yang dihidupkan. Berdasarkan kenyataan seorang doktor Vatikan, John Paul I mungkin meninggal dunia di antara pukul 11:00 p.m. akibat serangan jantung. [4]

Pemakaman John Paul I telah diadakan di Dataran St. Peter pada 4 Oktober 1978 dan disembahyangkan oleh Kardinal Carlo Confalonieri. Beliau kemudiannya dikebumikan di Grottoes Vatikan. Terdapat beberapa teori konspirasi yang berkaitan dengan kematiannya.

Rujukan

WikiPedia: Paus_Ioannes_Paulus_I http://newsaints.faithweb.com/year/1978.htm#Lucian... http://www.fondazionepapaluciani.com/albino_lucian... http://learning.blogs.nytimes.com/on-this-day/augu... http://query.nytimes.com/mem/archive/pdf?res=FA071... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www2.fiu.edu/~mirandas/bios1973.htm#Luciani http://catholicsaints.info/pope-john-paul-i/ http://www.catholic-hierarchy.org/bishop/bluciani.... http://www.ewtn.org/library/PAPALDOC/JP1PROGR.HTM http://www.newadvent.org/cathen/12272b.htm