Gambaran Pax_Romana

Catatan pertama mengenai istilah ini didapati dalam penulisan Seneca yang Muda in 55 AD.[4]

Zaman ini dikatakan bermula selepas Augustus menewaskan Mark Antony dan Cleopatra dalam Pertempuran Actium pada 2 September 31 SM lalu menjadi maharaja Roma.[2][5][1] Beliau mewujudkan suatu junta tentera dianggotai golongan tentera yang berepngaruh lalu mengelakkan berlakunya perang saudara secara berterusan (walau bagaimanapun, terdapat jga koflik kecil yang berlaku diHispania dan di Pergunungan Alp.

Augustus menghadapi masalah meyakinkan rakyatnya keamanan sebagai suatu gaya hidup yang diterima setelah berlangsungnya perang sesama mereka dalam kawasan peluasan Rom selama 200 tahun,[6] bahawa kemakmuran boleh dicapai sewaktu ketiadaan peperangan dalam susasan yang aman damai berbanding ketika berprang dalam pertempuran yang berisiko tinggi. Augustus berjaya mengatasi cabaran ini melalui usaha propaganda sangat berkesan yang turut diikutimaharaja yang memerintah selepas baginda.[6] Cara berpolitik Augustus masih diteruskan selepas kemangkatan baginda pada 14 TM. terutamanya oleh lima maharaja terakhir zaman ini.[1]