Penerbitan Pecah_(filem)

Pecah diadaptasi dari novel terbitan Buku FIXI dengan judul sama yang dikarang oleh Khairulnizam Bakeri. Ia merupakan filem kedua arahan Asrul Hisham Ahmad selepas Sesuatu Yang Tertinggal (2012).[2]

Menurut Asrul Hisham atau Black, Pecah disifatkan sebagai karya yang mencabar ekoran dirinya perlu memastikan karyanya itu setanding dengan karya asal bagi memuaskan hati pembaca novel tersebut.[2] Penggambaran filem ini dijalankan di Kuala Lumpur dan Wangsa Maju.[3]