Variasi Pecal

Sayur-sayuran yang digunakan dalam pecal mungkin berbeza-beza, dan resipi kuah kacang mungkin sedikit berbeza di kalangan rantau di Jawa. Asal-usul pecal berasal dari kota Madiun atau Ponorogo di Jawa Timur, Indonesia, kerana ia memiliki jenis pecal yang paling terkenal, dan juga karena sate Ponorogo menggunakan sejenis kuah kacang yang biasa digunakan dalam pecal. Walau bagaimanapun, pecal boleh didapati di kebanyakan kampung dan bandar raya berpenduduk Jawa. Pecal boleh dibuat di rumah atau dihidangkan di restoran Jawa, warung, atau penjaja jalanan yang berjalan dari rumah ke rumah dengan raga buluh yang berisi bahan-bahannya.

Di Malaysia, hidangan pecal masih terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Ia boleh didapati di pasar-pasar jaja seperti di Bagan Datoh, Perak.

Pecal Solo, disaji di sebuah restoran di Solo, Jawa Tengah