Sejarah Pejabat_Ekonomi_dan_Kebudayaan_Taipei_di_Malaysia

Pejabat ini ditubuhkan pada 1974 sebagai Pusat Perdagangan dan Pelancongan Timur Jauh.[1] Sehingga tahun tersebut, Taiwan, sebagai Republik China, mempunyai Konsulat Jeneral di Kuala Lumpur.[5] Terdahulu ia ditubuhkan sebagai sebuah Konsulat pada 1964, sebelum dinaik taraf kepada Konsulat Jeneral lima tahun berikutnya.[6] Walau bagaimanapun, Konsulat Jeneral tersebut ditutup selepas Malaysia mengadakan hubungan diplomatik secara penuh dengan Republik Rakyat China.[7]

Pusat perdagangan ini dinaik taraf pada 1988, dan dijenamakan kepada Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei.[2] Ia mula menggunakan nama tersebut pada 1992.[1]