Pekan_Kuala_Belait

Kuala Belait (KB), secara rasmi Pekan Kuala Belait, ialah pekan utama bagi Daerah Belait, Brunei. Ia terletak di bahagian paling barat negara, di kuala Sungai Belait dengan Laut Cina Selatan (justeru nama 'Kuala Belait'). Kuala Belait merupakan petempatan kedua terbesar di Brunei selepas ibu negara Bandar Seri Begawan.