British Pekan_pasar

Sebelum Abad ke-19, majoriti dari penduduk British bergantung hidup mereka dalam sektor pertanian dan penternakan, dan hampir semuanya tinggal di tempat mereka bekerja (bertani dan menternak), dengan populasi yang kecil di setiap kota. Oleh disebabkan itu, para petani bersama keluarganya membawa hasil pertanian dan penternakan mereka ke pasar tidak formal setelah mereka pergi ke gereja untuk beribadat. Pekan pasar berkembang di pusat aktiviti tempatan dan merupakan sebahagian penting daripada kehidupan perkampungan, sebagaimana beberapa nama tempat yang menggambarkannya: Pasar Drayton, Pasar Harborough, Chipping Norton dan Chipping Sodbury — chipping merupakan kosakata yang berasal daripada bahasa Anglo-Saxon yang bermaksud "beli".