Pelacur Pelacuran

Pelacur merujuk kepada lelaki atau wanita yang melakukan hubungan seksual secara sukarela bagi imbuhan wang. Sekiranya secara paksaan, ia ditakrifkan sebagai rogol. Bagi wanita yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, perlakuan ini dikenali sebagai perempuan simpanan. Bagi lelaki yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, perlakuan ini dikenali sebagai gigolo.

Pelacur biasanya terdedah kepada penyakit kelamin dan cenderung mendapat penyakit barah pangkal rahim.[1][2][3] Barah pangkal rahim ini dipercayai disebabkan oleh Virus Papilloma Manusia (Human Papilloma Virus (HPV)) yang sering terdapat pada sel pangkal rahim apabila mereka didapati mempunyai perubahan pra-barah atau barah. Oleh itu, mereka yang aktif secara seksual atau sering bertukar pasangan perlu menjalani ujian kesihatan yang lebih kerap seperti ujian lumuran Pap. [4]