Pelan_Pembahagian_Pertubuhan_Bangsa-bangsa_Bersatu_untuk_Palestin
Pelan_Pembahagian_Pertubuhan_Bangsa-bangsa_Bersatu_untuk_Palestin

Pelan_Pembahagian_Pertubuhan_Bangsa-bangsa_Bersatu_untuk_Palestin

Pelan Pembahagian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Palestin atau Resolusi 181 (II) oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB merupakan pelan yang diambil daripada keputusan Perhimpunan Agung pada 29 November 1947. Keputusan tersebut membenarkan penubuhan dua negara, satu untuk orang Arab dan satu untuk Yahudi dan menyediakan rangka kerja untuk kesatuan ekonomi serantau. Perhimpunan Agung itu juga memutuskan bandar Baitulmaqdis hendaklah ditadbir oleh pentadbiran antarabangsa khas di bawah PBB. Satu jangka waktu peralihan di bawah kelolaan PBB bermula dengan pelaksanaan resolusi tersebut yang mahukan pengunduran beransur-ansur tentera British, penamatan Mandat British atas Palestin pada 1 Ogos 1948 dan kemerdekaan penuh dua negara tersebut pada 1 Oktober 1948.[1]Pelan pembahagian ini bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.