Taksonomi Pelanduk

Pada mulanya, hanya dikenali dua spesies dalam genus Tragulus, iaitu T. napu (napuh) yang besar dan T. javanicus (kancil atau pelanduk Jawa) yang kecil. Ekoran semakan pada 2004, T. nigricans dan T. versicolor dipecahkan dari T. napu, dan T. kanchil dan T. williamsoni dipecahkan dari T. javanicus.[3] Dengan perubahan ini, T. kanchil dan T. napu adalah spesies yang paling meluas, sementara yang lain jauh lebih terhad taburannya (namun masih ada keraguan mengenai batas taburan sebenar pelbagai spesies di Indochina).[3]