Pelangi_Kasih_(drama)

Pelangi Kasih ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 dibintangi oleh Nabila Huda, Beto Kusyairy, Puteri Sarah Liyana dan Johan As'ari. Ia mengisahkan hubungan tiga sahabat sejak kecil dan menampilkan pelbagai konflik dan permasalahan berkaitan persahabatan dan kasih sayang. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 19 Januari 2012 hingga 22 Mac 2012 menggantikan Bunga April.[1][2]Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]