Pelantar_minyak
Pelantar_minyak

Pelantar_minyak

Pelantar minyak merupakan satu rangka binaan dibuat daripada besi yang dibina di tengah-tengah laut bagi menggerudi lapisan batu di dasar laut. Pelantar minyak dibina bagi mengeluarkan minyak mentah seperti petroleum dan gas asli di tengah laut. Di Malaysia, syarikat Petronas merupakan syarikat yang mengendalikan kerja-kerja mencari dan menggali minyak di perairan Malaysia. Petronas juga bekerjasama dengan syarikat multinasional luar negara seperti Shell dan Exxon Mobil bagi menjalankan aktiviti penggerudian ini. Setakat ini , belasan pelantar minyak telah dibina di Laut China Selatan.Secara asasnya, pelantar minyak ini mempunyai bangunan mini untuk penginapan para pekerja, tempat pendaratan helikopter dan tempat pemprosesan minyak mentah.