Pemacu keadaan pepejal atau
SSD (singkatan untuk solid-state drive) adalah sebuah
peranti storan data yang menggunakan
ingatan keadaan pepejal untuk menyimpan data kekal. Sebuah SSD
meniru antara muka
cakera keras lantas mudah menggantikannya dalam banyak aplikasi. SSD menggunakan
SRAM dan
DRAM (daripada menggunakan
ingatan flash) sering dipanggil
pemacu RAM, jangan dikelirukan dengan
cakera RAM.Penggunaan awal istilah keadaan pepejal (daripada
fizik keadaan pepejal) merujuk kepada penggunaan peranti semikonduktor berbanding tiub-tiub elektron, tetapi bagi konteks ini, ia juga telah diadaptasikan untuk membezakan elektronik keadaan pepejal dengan peranti
elektromekanik. Tanpa sebarang bahagian bergerak, pemacu keadaan pepejal adalah kurang rapuh berbanding cakera keras dan lebih senyap (melainkan kipas penyejuk digunakan); oleh kerana tiada lengahan mekanikal, ia pada kebiasaannya memberikan
masa capaian dan
kependaman yang rendah.Setakat 2014, kebanyakan SSD menggunakan
ingatan kilat berasaskan NAND yang
mengekalkan data tanpa bekalan kuasa. Bagi kegunaan yang memerlukan capaian pantas, tetapi tidak semestinya memerlukan keterusan data selepas kuasa tiada, SSD boleh dibina daripada
ingatan capaian rawak (RAM). Peranti sedemikian mungkin menggunakan sumber kuasa berasingan, contohnya bateri, demi mengekalkan data selepas hilangnya kuasa.