Pemangsaan
Pemangsaan

Pemangsaan

Dalam bidang ekologi, pemangsaan merupakan interaksi biologi yang mana pemangsa (organisma yang memburu) memakan mangsanya (organisma yang diserang).[1] Pemangsa tidak semestinya membunuh mangsanya sebelum makan, apapun tindakan pemangsaan sentiasa tidak menyebelahi pihak mangsa.[2] Satu lagi jenis penggunaan seumpamanya ialah detritivori, iaitu penggunaan bahan organik yang sudah mati (detritus). Adakalanya sukar untuk memisahkan kedua-dua perilaku makan tersebut[1], contohnya: sesuatu organisme perumah menjadi mangsa kepada spesies parasit yang bertelur di atasnya agar anak-anaknya meragut bangkainya. Sebenarnya, sifat utama pemangsaan ialah kesan langsung pemangsa terhadap bilangan mangsa. Sebaliknya, detritivor sekadar memakan apa yang sedia ada tanpa memberikan kesan langsung kepada organisma "penderma".Bagi sesetengah saintis, istilah "pemangsa" bererti mana-mana haiwan atau benda hidup yang memakan apa sahaja, tidak semestinya haiwan lain. Lembu yang meragut rumput dikira sebagai pemangsa rumput itu. Tumbuh-tumbuhan bukan pemangsa kerana menghasilkan makanan sendiri.