Pembakar_lanjut
Pembakar_lanjut

Pembakar_lanjut

Pembakar lanjut merupakan sebuah komponen tambahan yang dipasang pada sesetengah enjin jet, terutamaanya pada pesawat tentera berkelajuan supersonik yang digunakan semasa proses "pembakaran lanjut" atau "pembakaran semula". Pembakar lanjut digunakan untuk memberi lonjakan kuasa tujahan sementara semasa terbang dalam kelajuan supersonik atau semasa hendak berlepas (disebabkan beban sayap pada rekabentuk biasa pesawat supersonik memerlukan kelajuan untuk berlepas yang tinggi). Bagi sesebuah pesawat tentera, tambahan kuasa tujahan amat berguna semasa dalam pertempuran udara. Keadaan ini dicapai dengan menyuntik bahan api tambahan ke dalam "paip jet" selepas turbin. Kebaikan menggunakan sistem pembakaran-lanjut adalah untuk meningkatkan kuasa tujahan; keburukkan pula adalah penggunaan bahan api yang banyak serta tidak cekap, meskipun begitu perkara ini selalunya boleh diterima disebabkan penggunaannya hanya untuk jangkamasa yang pendek sahaja.Enjin jet beroperasi dalam keadaan basah apabila pembakaran lanjut sedang digunakan dan kering apabila enjin digunakan tanpa proses pembakaran lanjut.[1] Sesebuah enjin yang menghasilkan tujahan basah maksimum dikenali sebagai "kuasa maksimum" (kuasa maksimum yang boleh dihasilkan oleh enjin); dan enjin yang menghasilkan tujahan kering maksimum dikenali sebagai kuasa tentera.