Pembantu_perubatan

Pembantu perubatan bermula bertapak di Malaysia sejak tahun 1786 dengan nama Dresser. Ia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1823 dan disusuli berkembang ke Negeri Melaka dan juga Singapura. Pada tahun 1936, nama Dresser telah ditukar kepada nama Pembantu Rumah Sakit (HA).Tahun 1957 iaitu tahun kemerdekaan Negara Malaysia, Jawatan Pembantu Rumah Sakit telah ditukar dan dikenali ramai sebagai Pembantu Hospital (HA) di seluruh Malaysia. Pada tahun 1961 secara rasminya "National Union Of Hospital Assistant" (NUHA) telah didaftarkan. Pada tahun 1969, Sekolah Latihan Pembantu Hospital yang pertama telah beroperasi di Kuching, Sarawak. Manakala pada tahun 1971, Sekolah Latihan Pembantu Hospital yang kedua telah beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan.Akta Pembantu Hospital (Pendaftaran), telah dikuatkuasakan pada tahun 1977. Seiring dengan pembangunan kerjaya, pada tahun 1985 nama Pembantu Hospital (HA) telah ditukar dengan nama "Pembantu Perubatan" (MA). Tahun 1986, secara rasminya Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia telah ditubuhkan. Sejajar dengan perubahan semasa dan seiring dengan perkembangan kesihatan di Malaysia, keperluan kepada perkembangan profesion turut diambil perhatian. Maka, sijil Pembantu Perubatan telah diiktiraf sebagai Diploma Pembantu Perubatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1989.Pada tahun 2007, nama Pembantu Perubatan (MA) telah ditukarkan kepada Penolong Pegawai Perubatan (AMO). Transformasi profesyen semakin berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi perubatan masa kini dengan kewujudan Skim Bersepadu. Pengwujudan jawatan bagi Penolong Pegawai Perubatan Siswazah ke skim Pengurusan dan Profesional (P&P).Fungsi Penolong Pegawai Perubatan dalam fasiliti kesihatan ialah memberi perkhidmatan penjagaan kuratif, promotif, preventif dan rehabilitatif kepada setiap lapisan masyarakat. Merujuk kepada sumber pendaftaran Lembaga Pembantu Perubatan sehingga tahun 2010 seramai 12,325 orang Penolong Pegawai Perubatan telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.