Pemberontakan_Disembris
Pemberontakan_Disembris

Pemberontakan_Disembris

Pemberontakan Disembris ataupun Kebangkitan Disembris (Bahasa Rusia: Восстание декабристов) merupakan satu percubaan rampasan kuasa di Empayar Rusia yang disertai lebih kurang 3,000 askar Rusia pada Disember 14, 1825. Pemberontak-pemberontak dikenali sebagai Disembris (Bahasa Rusia: Декабристы Dekabristy) kerana peristiwa ini berlaku semasa bulan Disember. Percubaan rampasan kuasa ini berlaku di Dataran Senat di bandar St. Petersburg. Pada tahun 1925, Dataran Senat dinamakan semula sebagai Dataran Disembris (Площадь Декабристов Ploshchad' Dekabristov) bagi memperingati ulangtahun ke-100 pemberontakan.