Pembedahan
Pembedahan

Pembedahan

Pembedahan merupakan kepakaran perubatan kuno yang menggunakan kaedah-kaedah insani dan peralatan operatif ke atas pesakit untuk menyiasat dan/atau merawat penyakit, kecederaan atau sebagainya, ataupun mempertingkat fungsi atau rupa tubuh badan.Pembedahan boleh dilakukan ke atas manusia mahupun haiwan. Orang yang melakukan pembedahan dipanggil pakar bedah. Mereka yang bergelar pakar bedah rata-rata adalah pakar perubatan, bahkan juga terdiri daripada ahli-ahli podiatri, pergigian dan veterinar. Pembedahan boleh menelan masa berminit-minit hingga berjam-jam, dan jarang dijalankan secara berlarutan atau berkala-kala ke atas seseorang pesakit.Pembedahan elektif merupakan tatacara pembedahan yang boleh dijadualkan awal-awal, lazimnya kerana tidak melibatkan kecemasan perubatan, misalnya pembedahan plastik.

Berkaitan