Pembinasa_kelas_Spruance
Pembinasa_kelas_Spruance

Pembinasa_kelas_Spruance

list error: <br /> list (help)
6,000 batu nautika (11,000 km; 6,900 mi) pada 20 knot (37 km/h; 23 mph)
list error: <br /> list (help)

Pembinasa kelas-Spruance merupakan sebuah kelas kapal pembinasa yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat untuk mengantikan sejumlah besar kapal pembinasa kelas-Allen M. Sumner dan pembinasa kelas-Gearing yang dibina semasa Perang Dunia II sebagai kapal pembinasa utama yang dibina untuk kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1970an dan 1980an.Ia mula ditauliahkan pada tahun 1975, dengan janakuasa turbin gas, sebuah dek penerbangan helikopter dan hangar untuk sehingga dua buah helikopter sederhana, sistem senjata digital sepenuhnya dan meriam automatik 127 mm (5-inch). Kapal dari kelas ini digunakan selama tiga dekad, kelas Spruance asalnya direka bertujuan untuk mengiringi sebuah kumpulan kapal pengangkut dengan misi utama dalam anti peperangan kapal selam. Pada tahun 1990an, 24 buah kapal dari kelas ini telah ditingkat upaya dengan Sistem Pelancaran Menegak Mark 41 (VLS) untuk menempatkan peluru berpandu permukaan ke permukaan Tomahawk. Di sebalik usaha untuk memanjangkan hayat kelas ini, pihak tentera laut mempercepatkan pembersaraannya. Kapal terakhir dari kelas ini telah dibersarakan pada tahun 2005, dengan kebanyakannya diceraikan, atau dimusnahkan sebagai sebuah sasaran.[1]