Pembinasa peluru berpandu merujuk pada sebuah kapal
pembinasa yang direka untuk melancarkan
peluru berpandu. Kebanyakannya juga dilengkapi dengan peralatan untuk melaksanakan operasi-operasi peperangan anti kapal selam, anti udara dan anti permukaan. Designasi standard NATO untuk kapal jenis ini adalah
DDG. Terdapat perbezaan antara negara yang menggunakan designasi
D pada nombor pennantnya, sama ada menambah awalan atau menggugurkannya.
Tentera Laut Amerika Syarikat menggunakan klasifikasi
DDG pada sistem penggelasan badan bagi kapal pembinasanya.Selain meriam, sebuah kapal pembinasa juga biasanya akan dilengkapi dengan dua buah kelopak peluru berpandu yang besar di dalam
sel pelancaran menegak. Beberapa pembinasa mengandungi sistem-sistem radar berkuasa, seperti
Sistem Tempur Aegis milik Amerika Syarikat, dan mungkin digunakan dalam peranan pertahanan peluru berpandu balistik atau anti peluru berpandu. Keadaan ini adalah benar bagi sesebuah pasukan tentera laut yang tidak lagi menggunakan
penjajap, oleh itu kapal-kapal lain mesti diterima pakai untuk menutup kekangan.