Peluru_berpandu
Peluru_berpandu

Peluru_berpandu

Peluru berpandu ialah roket ketenteraan yang boleh diarah dalam penerbangan untuk bertukar arah penerbangan. Dalam kegunaan biasa takrifan "peluru berpandu" merujuk kepada roket dengan sistem pemanduan, dan "roket" untuk roket tanpa sistem pemanduan. Perbezaan utama antara keduanya ialah sistem pemanduan atau sistem sasaran.Peluru berpandu pertama digunakan dalam operasi ialah siri peluru berpandu Jerman dalam Perang Dunia II. Yang paling terkemuka ialah V-1 dan V-2, kedua-duanya menggunakan sistem mekanik autopilot untuk memastikan peluru berpandu terbang dalam arah yang ditetapkan. Yang kurang diketahui ialah siri peluru berpandu anti-kapal dan anti-pesawat, biasanya berdasarkan kawalan radio mudah yang dikawal oleh operator.Sistem peluru berpandu Jerman pada tempoh Perang Dunia II biasanya bergantung kepada enjin roket bahan api cecair, yang berasaskan sistem hidrogen peroksida Hellmuth Walter. Enjin ini tidak praktikal untuk kegunaan umum disebabkan pengendalian bahan api mengkakis, dan hampir kesemua penyelidikan selepas perang tertumpu kepada reka bentuk bahan api pepejal yang lebih mudah. Selain itu, peningkatan kualiti dan keupayaan pelbagai sistem eletronik selepas perang membenarkan beberapa sistem pemanduan automatik diperkenalkan. Pada 1950-an, hampir kesemua "kuasa besar" mempunyai program penyelidikan misil, biasanya dipecahkan kepada beberapa pengkelasan asas. Udara ke udara · Udara ke permukaan · Permukaan ke udara · Permukaan ke permukaan · Peluru berpandu balistik · Peluru berpandu balistik antara benua · Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam · Peluru berpandu anti balistik · Peluru berpandu krus · Peluru berpandu anti kapal · Roket anti kapal selam · Peluru berpandu anti kereta kebal · Senjata anti satelit · Peluru berpandu balistik lancaran udara · Peluru berpandu krus lancaran udara · Peluru berpandu standoff